Finally..

Alhamdulillah..Akhirnya usaha yang aku buat selama ni menjadi..walaupun kadang-kadang aku geram sebab tak menjadii,tpi aku tak mudah berputus asa..aku try n try n akhirnye menjadii juge..terima kasih kepada kwn-kwn yang bnyk juge tolong aku walaupun korang mengeluh tpi nk juge tolong..drpd buruk terus cantik..






sekian update for hari ini

wanita..

          Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami

cantik bukanlah satu ukuran...
                                                                                                  

ASSALAMUALAIKUM...

Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah..


Kadang-kadang kita terpengaruh dengan cerita-cerita/drama-
drama di dalam TV tentang kalimah-kalimah yang digunakan salah dan tidak betul pada tempatnya. Sebenarnya banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi sebagai umat islam kita haruslah saling berpesan-pesan dan juga menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat... di bawah:

1-MasyaAllah – Allah Maha Agung
2-Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
3-SubhanAllah – Maha Suci Allah
4-Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah
“Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.

Kebanyakkan nya menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.

Jadi,marilah sama-sama kita menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya.semoga Allah senantiasa memberkati kita… Amin...

JANGAN SAMBUT VALENTINE'S DAY OR "HARI KEKASIH" BAGI UMAT ISLAM

Assalamualaikum..saya nak semua umat islam jangan lah sambut "valentine day"ni or "hari kekasih"..bukan ape,kita ni sebagai umat islam tak boleh sambut benda2x camni..ni kan org kristian je yg sambut...lgipun buat ape korang nk sambut???(bgi yg sambut lah) pentig sgt ke bende ni..da trg2x kte HARI KEKASIH...lpstu korang pun pegang lah tgn antara lelaki dan pompuan..maksiat !!!!...nk tanggung dosa ke ??...haa ??....tgk kan da mrh...da mcm ustazah la pulak...ok ok ok...igt tau JANGAN SESEKALI !..