orang yang menuntut ilmu

Assalamualaikum...
Sesungguhnya RasulAllah telah bersabda:"sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya(sebagai memuliakan dan menghormati)penuntut ilmu agama,kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penunut lakukan"Abu Ad-Darda'r.a.

a) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam,maka merekalah akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

b) Penuntut Ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan di Akhirat.

c) Kita selaku umat Islam dilarang mempertekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasul Allah S.A.W menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu....

No comments:

Post a Comment

kalau boleh comment la !!